KDB dan Kursus Pentadbiran dan Kewangan komuniti 1Malysia Parlimen Kangar bersama Jabatan Penerangan Perlis
2 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan Kursus Pentadbiran dan Kewangan Komuniti 1Malaysia Parlimen Kangar bersama Jabatan Penerangan Perlis. Kursus tersebut diadakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di bilik latihan dan juga ruang utama PI memandangkan peserta kursus adalah seramai 18 orang. Kursus ini diadakan dengan tujuan memberi panduan untuk menggunakan perisian Microsoft Word dan perisian Microsoft Acces untuk menghasilkan laporan. Peserta terbahagi kepada dua golongan iaitu setiausaha dan bendahari di mana mereka perlu membuat laporan minit mesyuarat dan juga laporan kewangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada staf Jabatan Penerangan Perlis kerana bersama-sama mengajar peserta dalam melaksanakan kursus ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: